Thursday, November 11, 2010

"mak ayah aku sayang kamu"

kalau kita tengok tajuk post kali ini memang berkaitan dengan ibu bapa dan kasih sayang. "mak ayah aku sayang kamu", merupakan ungkapan ayat2 yang selalu meniti di bibir kita pada seawal kita menjadi manusia (mase kecik la tu), namun ungkapan ini semakin membisu setelah kita meningkat dewasa (baik cakap kat makwe ke pakwe lagi bagos, btol tak ?, chit poodah). kalau dulu cium pipi mak bapak kalau boleh nak lama2, tapi sekarang, nak salam pun dah tak nak (baik pegi jilat pipi makwe ke pakwe lagi bagos, bub muka mak n ayah dah berkedut, barua ape?), memang betul lah apa kita boleh tengok sekarang ni, anak2 dah tak nak hormat mak bapak diorang. Bagi aku, ungkapan sayang mak bapak kita masa kita kecik tu macam tin kosong, bila ketuk, tin tu bunyi, tapi isi kat dalam kosong, habuk pun tak ada. kat post ni jugak, aku nak kongsi dua situasi yang disaksikan kedua dua bijik bola mata aq ni.

 Situasi 1

adalah satu hari aku sedang makan2 dekat medan selera yang berdekatan dengan tempat aku belajar. masa tu semua kawan2 aku tengah makan sekali, dan secara kebetulan, meja yang aku duduk tu menghadap jalan. masa tu tengah hari dan cuaca memang sangat panas. haba yang keluar dari jalan berturap menunjukkan kehadiranya dengan membentuk logam maya ( ala macam oasis tipu kat desert tu). Seekor anjing yang ingin melintas jalan pada masa itu tidak dapat menghabiskan sisa-sisa perjalanan kerana tidak tahan haba dari jalan berturap itu (anjing berkaki ayam, x pakai selipar la tu). namun segala bahang panas itu dilenyapkan di dalam sekelip mata dengan meneguk air sejuk yang baru sahaja dipesan sekejap tadi. masa tengah aku sedap melayan air sejuk itu, tiba-tiba datanglah sebuah lori yang sederhana besarnya berhenti di hadapan medan selera tersebut. pemanduya yang pertengahan umur, melaung-laung "kertas, kotak, plastik, tin". pada mulanya aku memang tidak paham apa yang dimaksudkan oleh lelaki tersebut, namun setelah menjeling kearah isi lori tersebut, barulah aku paham, lelaki tersebut nak beli barang kitar semula. maka berbondong-bondonglah peniaga dari medan selera tersebut mengeluarkan tin-tin minuman kosong dan kotak2 untuk dijual kepada pembeli tersebut. nak dipendekkan cerita, aku namapk seorang tua keluar dari belakang bangunan yang terletak di seberang jalan bertentangan dengan medan selera tersebut. si tua tersebut memang betul2 dimamah usia kerana keadaan beliau yang telah bongkok sabut dan uzur. bersama dengan beliau terdapat sebuah troli yang dibuat sendiri yang dibuat sendiri dengan serpihan kayu-kayu reput. di dalam troli tersebut terdapat beberapa lapis kotak yang disusun secara bertingkat-tingkat. pada pandangan aku, timbunan kotak itu tidak berapa tinggi dan tidak banyak. selepas pemandu lori tersebut memuat barangan daripada peniaga-peniaga tersebut, maka dengan segera lah beliau menghidupkan enjin lorinya dan terus beredar dari tempat temsebut. ternyata pemandu lori tersebut tidak ternampak si tua tersebut. si tua tersebut sedaya upaya untuk memanggil kembali lori tersebut, namun ia meluncur laju meninggalkan tempat itu. pada masa itu aku dapat tengok wajah orang tua tersebut termengah-mengah menahan penat tambahan lagi cuaca yang panas menambahkan lagi keringat yang mengalir. kemudian si tua itu berhenti menolak troli tersebut lalu dia duduk di kaki lima sebuah kedai yang berhampiran dengan tempat dia berhenti. raut wajah si tua itu semakin jelas kelihatan kesusahan yang dihadapinya untuk mendapatkan rezeki. walaupun dia sendiri tahu bahawa jika dia dapat mejual kotak2 tersebut, berapa sen sangatlah dia akan dapat. aku pown tengok kat pinggan nasi aku, aku cakap dalam hati, aku nak nasi aku order je, tapi orang tua tu kumpul kotak banyak2 belum tentu dapat beli nasi yang macam aku makan ni. aku pikir aku ada mak ngan bapak aku support duit nak beli makan senang2 je. betullah orang kata, jasa mak bapak tidak boleh dibalas, bub kalau nak kira dari kecik diorang bagi makan memang banyak, sampai kalau boleh kumpul duit beli makanan kita tu memang dah jadi jutawan dah. tapi punya kasih sayang kat kita sanggup kerja penat2 bagi kita makan supaya kita membesar jadi "orang"(orang maknanya bukan binatangla). tapi bila tengok kat orang tua tu, aku terpikir pulak pasal anak2 dia, manalah pergi anak2 dia semua ( tak tau la kan klau dia tak ada anak), tapi kalau ada anak dah kira boleh jadi anak durhaka la tu. sepatutnya usia tua ibu bapa dihabiskan dengan belaian anak cucu bukanya bersusah hati mencari secebis rezeki yang belum tentu dapat. melihat keringat yang mengalir dari si tua itu, aku dapat merasakan bahawa dia terpaksa mencari rezeki untuk hidup, kepayahanya mencari rezeki memang betul2 menyentap jiwa raga aku. dia tahu bahawa masanya sudah terlalu hampir dengan penciptanya hanya masa yang menentukan, cuma aku mampu bersimpati kepadanya, sehingga tubuh usang itu terbujur kaku disebalik timbunan2 kotak tersebut. namun seorang ibu atau bapa tidak pernah luntur harapanya kepada anak2 yang dikandungnya, walaupun dia tahu bahawa anak2 tidak akan pernah datang untuk menjenguk walaupun untuk kali yang penghabisan. aku tidak tahu nasib yang menimpa orang tua tu, tapi aku memang sedihlah. dalam situasi ini, aku nak kaitkan pengorbanan mak bapak kita kepada kita, kalau kita nak balas balik memang mati hidup balik pun tak dapat. aku rasa sampai sini dulu kot aku tulis, kata2 akhir, kepada sesiapa yang ada mak bapak tu sayang2 lah diorang sementara berkesempatan, kalau masa diorang dah tak ada baru nak mintak ampun, memang keluar air mata darah pun diorang tak kan hidup balik. hargailah mereka....sayonara..

No comments:

Post a Comment