Sunday, July 31, 2011

seorang koma yang sedar..

kedalaman hati adalah satu yang misteri,
mata yang terpejam seakan-akan mati,
lidah yang dulunya tajam menghunus, kini sompek,
telinga yang dulunya penuh dengan nista, kini berhabuk,
api pemberontakan sudah lama terpadam,
benak yang sejuk ibarat kutub utara,
tidak lagi kedengaran suara-suara yang mencaci,
hidupnya ibarat sekujur kayu yang kaku,
pemberontakan di hatinya sudah lama terhakis,
selepasnya tidak ada lagi yang melawan,
generasi mengawan jadi pilihan,
yang betul ditidakkan, yang salah dimakan,
meronta-ronta hatinya untuk melepaskan diri,
ibarat seorang kambing yang ditambat,
kesedihan terpaku di dalam benaknya,
kerana tidak ada lagi yang menentang,
penentangan untuk satu morfosis,
morfosis tentang suatu keadaan yang nyata,
dan bukanya dunia yang berpura-pura,
dia koma lantaran dari perjalanan hidupnya,
perjalanan yang hanya mencari ketulusan seorang pemerintah.








 

Wednesday, June 29, 2011

lidah kita kaku..tangan kita beku...telinga kita berbulu...mata kita lesu

kabare..lama dh x post sebarang 2 kt blog ni..biasa la sibuk dgn hal2 dunia yg pstinya menjanjikan kehidupan yg lebih bangsat di akhirat sane..jauh aku jalan kaki dari pantai timur ke borneo, tidak prnah aku jumpa kebebasan seorng mahasiswa...hidup bgai dicacah api panas dari neraka..sepatah kebenaran yg keluar akan menyiksa diri...ribuan lembing menjunam dari langit menimpa mereka yg brbicara ttng keadilan. kita masih mempunyai ketakutan untuk mempercayai diri sendiri, masih ada serpihan kebodohan dalam benak kita..macam biasala bodoh tu prkataan sinonim dgn kita mahasiswa..mengapa kita bodoh?..prsoalan yg harus ditanya pada diri msing2. tidak mungkin punca kebodohan kita ialah sistem negara..semua orng tahu bahawa negara kita mengamalkn "demokrasi" sejak brmula lagi kelahiran bumi nusantara. jauh dari pedalaman hati ini katawa akibat perkataan "demokrasi" itu sendiri yg hakikatnya jauh menyimpang dari jalan yg sebenar. demokrasi bagi mereka ialah tali..dan kita ialah lembu yang diikat dengan tali tersebut. di tambah lagi dengan media iaitu sebagai makanan untuk lembu tersebut. segala kepincangan dan kekotoran diberi makan kepada kita..sehingga kita sendiri akan menyedari bahawa segala perkataan yg dihunuskan oleh lidah mereka adalah benar belaka. begitulah bagaimana cerita tentang kebodohan kita sebagai mahasiswa terhasil daripada nukilan tangan2 nista mereka. kesedaran kita adalah ketakutan mereka...


'You may try to instil fear in our hearts, but what we see is fear in your eyes. Fear of justice. Fear of freedom. Fear of the people's voice.'
(Anonymus)