Sunday, July 31, 2011

seorang koma yang sedar..

kedalaman hati adalah satu yang misteri,
mata yang terpejam seakan-akan mati,
lidah yang dulunya tajam menghunus, kini sompek,
telinga yang dulunya penuh dengan nista, kini berhabuk,
api pemberontakan sudah lama terpadam,
benak yang sejuk ibarat kutub utara,
tidak lagi kedengaran suara-suara yang mencaci,
hidupnya ibarat sekujur kayu yang kaku,
pemberontakan di hatinya sudah lama terhakis,
selepasnya tidak ada lagi yang melawan,
generasi mengawan jadi pilihan,
yang betul ditidakkan, yang salah dimakan,
meronta-ronta hatinya untuk melepaskan diri,
ibarat seorang kambing yang ditambat,
kesedihan terpaku di dalam benaknya,
kerana tidak ada lagi yang menentang,
penentangan untuk satu morfosis,
morfosis tentang suatu keadaan yang nyata,
dan bukanya dunia yang berpura-pura,
dia koma lantaran dari perjalanan hidupnya,
perjalanan yang hanya mencari ketulusan seorang pemerintah.








 

Wednesday, June 29, 2011

lidah kita kaku..tangan kita beku...telinga kita berbulu...mata kita lesu

kabare..lama dh x post sebarang 2 kt blog ni..biasa la sibuk dgn hal2 dunia yg pstinya menjanjikan kehidupan yg lebih bangsat di akhirat sane..jauh aku jalan kaki dari pantai timur ke borneo, tidak prnah aku jumpa kebebasan seorng mahasiswa...hidup bgai dicacah api panas dari neraka..sepatah kebenaran yg keluar akan menyiksa diri...ribuan lembing menjunam dari langit menimpa mereka yg brbicara ttng keadilan. kita masih mempunyai ketakutan untuk mempercayai diri sendiri, masih ada serpihan kebodohan dalam benak kita..macam biasala bodoh tu prkataan sinonim dgn kita mahasiswa..mengapa kita bodoh?..prsoalan yg harus ditanya pada diri msing2. tidak mungkin punca kebodohan kita ialah sistem negara..semua orng tahu bahawa negara kita mengamalkn "demokrasi" sejak brmula lagi kelahiran bumi nusantara. jauh dari pedalaman hati ini katawa akibat perkataan "demokrasi" itu sendiri yg hakikatnya jauh menyimpang dari jalan yg sebenar. demokrasi bagi mereka ialah tali..dan kita ialah lembu yang diikat dengan tali tersebut. di tambah lagi dengan media iaitu sebagai makanan untuk lembu tersebut. segala kepincangan dan kekotoran diberi makan kepada kita..sehingga kita sendiri akan menyedari bahawa segala perkataan yg dihunuskan oleh lidah mereka adalah benar belaka. begitulah bagaimana cerita tentang kebodohan kita sebagai mahasiswa terhasil daripada nukilan tangan2 nista mereka. kesedaran kita adalah ketakutan mereka...


'You may try to instil fear in our hearts, but what we see is fear in your eyes. Fear of justice. Fear of freedom. Fear of the people's voice.'
(Anonymus)

Thursday, November 11, 2010

"mak ayah aku sayang kamu"

kalau kita tengok tajuk post kali ini memang berkaitan dengan ibu bapa dan kasih sayang. "mak ayah aku sayang kamu", merupakan ungkapan ayat2 yang selalu meniti di bibir kita pada seawal kita menjadi manusia (mase kecik la tu), namun ungkapan ini semakin membisu setelah kita meningkat dewasa (baik cakap kat makwe ke pakwe lagi bagos, btol tak ?, chit poodah). kalau dulu cium pipi mak bapak kalau boleh nak lama2, tapi sekarang, nak salam pun dah tak nak (baik pegi jilat pipi makwe ke pakwe lagi bagos, bub muka mak n ayah dah berkedut, barua ape?), memang betul lah apa kita boleh tengok sekarang ni, anak2 dah tak nak hormat mak bapak diorang. Bagi aku, ungkapan sayang mak bapak kita masa kita kecik tu macam tin kosong, bila ketuk, tin tu bunyi, tapi isi kat dalam kosong, habuk pun tak ada. kat post ni jugak, aku nak kongsi dua situasi yang disaksikan kedua dua bijik bola mata aq ni.

 Situasi 1

adalah satu hari aku sedang makan2 dekat medan selera yang berdekatan dengan tempat aku belajar. masa tu semua kawan2 aku tengah makan sekali, dan secara kebetulan, meja yang aku duduk tu menghadap jalan. masa tu tengah hari dan cuaca memang sangat panas. haba yang keluar dari jalan berturap menunjukkan kehadiranya dengan membentuk logam maya ( ala macam oasis tipu kat desert tu). Seekor anjing yang ingin melintas jalan pada masa itu tidak dapat menghabiskan sisa-sisa perjalanan kerana tidak tahan haba dari jalan berturap itu (anjing berkaki ayam, x pakai selipar la tu). namun segala bahang panas itu dilenyapkan di dalam sekelip mata dengan meneguk air sejuk yang baru sahaja dipesan sekejap tadi. masa tengah aku sedap melayan air sejuk itu, tiba-tiba datanglah sebuah lori yang sederhana besarnya berhenti di hadapan medan selera tersebut. pemanduya yang pertengahan umur, melaung-laung "kertas, kotak, plastik, tin". pada mulanya aku memang tidak paham apa yang dimaksudkan oleh lelaki tersebut, namun setelah menjeling kearah isi lori tersebut, barulah aku paham, lelaki tersebut nak beli barang kitar semula. maka berbondong-bondonglah peniaga dari medan selera tersebut mengeluarkan tin-tin minuman kosong dan kotak2 untuk dijual kepada pembeli tersebut. nak dipendekkan cerita, aku namapk seorang tua keluar dari belakang bangunan yang terletak di seberang jalan bertentangan dengan medan selera tersebut. si tua tersebut memang betul2 dimamah usia kerana keadaan beliau yang telah bongkok sabut dan uzur. bersama dengan beliau terdapat sebuah troli yang dibuat sendiri yang dibuat sendiri dengan serpihan kayu-kayu reput. di dalam troli tersebut terdapat beberapa lapis kotak yang disusun secara bertingkat-tingkat. pada pandangan aku, timbunan kotak itu tidak berapa tinggi dan tidak banyak. selepas pemandu lori tersebut memuat barangan daripada peniaga-peniaga tersebut, maka dengan segera lah beliau menghidupkan enjin lorinya dan terus beredar dari tempat temsebut. ternyata pemandu lori tersebut tidak ternampak si tua tersebut. si tua tersebut sedaya upaya untuk memanggil kembali lori tersebut, namun ia meluncur laju meninggalkan tempat itu. pada masa itu aku dapat tengok wajah orang tua tersebut termengah-mengah menahan penat tambahan lagi cuaca yang panas menambahkan lagi keringat yang mengalir. kemudian si tua itu berhenti menolak troli tersebut lalu dia duduk di kaki lima sebuah kedai yang berhampiran dengan tempat dia berhenti. raut wajah si tua itu semakin jelas kelihatan kesusahan yang dihadapinya untuk mendapatkan rezeki. walaupun dia sendiri tahu bahawa jika dia dapat mejual kotak2 tersebut, berapa sen sangatlah dia akan dapat. aku pown tengok kat pinggan nasi aku, aku cakap dalam hati, aku nak nasi aku order je, tapi orang tua tu kumpul kotak banyak2 belum tentu dapat beli nasi yang macam aku makan ni. aku pikir aku ada mak ngan bapak aku support duit nak beli makan senang2 je. betullah orang kata, jasa mak bapak tidak boleh dibalas, bub kalau nak kira dari kecik diorang bagi makan memang banyak, sampai kalau boleh kumpul duit beli makanan kita tu memang dah jadi jutawan dah. tapi punya kasih sayang kat kita sanggup kerja penat2 bagi kita makan supaya kita membesar jadi "orang"(orang maknanya bukan binatangla). tapi bila tengok kat orang tua tu, aku terpikir pulak pasal anak2 dia, manalah pergi anak2 dia semua ( tak tau la kan klau dia tak ada anak), tapi kalau ada anak dah kira boleh jadi anak durhaka la tu. sepatutnya usia tua ibu bapa dihabiskan dengan belaian anak cucu bukanya bersusah hati mencari secebis rezeki yang belum tentu dapat. melihat keringat yang mengalir dari si tua itu, aku dapat merasakan bahawa dia terpaksa mencari rezeki untuk hidup, kepayahanya mencari rezeki memang betul2 menyentap jiwa raga aku. dia tahu bahawa masanya sudah terlalu hampir dengan penciptanya hanya masa yang menentukan, cuma aku mampu bersimpati kepadanya, sehingga tubuh usang itu terbujur kaku disebalik timbunan2 kotak tersebut. namun seorang ibu atau bapa tidak pernah luntur harapanya kepada anak2 yang dikandungnya, walaupun dia tahu bahawa anak2 tidak akan pernah datang untuk menjenguk walaupun untuk kali yang penghabisan. aku tidak tahu nasib yang menimpa orang tua tu, tapi aku memang sedihlah. dalam situasi ini, aku nak kaitkan pengorbanan mak bapak kita kepada kita, kalau kita nak balas balik memang mati hidup balik pun tak dapat. aku rasa sampai sini dulu kot aku tulis, kata2 akhir, kepada sesiapa yang ada mak bapak tu sayang2 lah diorang sementara berkesempatan, kalau masa diorang dah tak ada baru nak mintak ampun, memang keluar air mata darah pun diorang tak kan hidup balik. hargailah mereka....sayonara..

Tuesday, November 9, 2010

penulis dan penulisan

karya boleh d ktegorikn dlm bentuk yg brbagai, same ade lukisan, penulisan, mahupun nyayian. apakah benda yg pling pnting mase kita nk brkarya ni,..
bg pendapat aq la karya mstilah asli bkn pkai kopi n pste je,..
nk cedok orng punye mmg sng tp nk bikin sendiri punye cam nk sembelit,..
aq ni pown buknlh pndai sgt nk menulis ni, nk ckap byk bace buku,..broshure harge brng tesco aq x penah bace,..
aq rase ape yg aq tlis ni brdasrkn pengamatan aq la ngan dunia skeliling aq,..
kirenye aq terjemahkan la lam bntuk pnulisan, aq sbnrye suka tgk prangai orng,..kdg2 nk gelak sorang2..mcm lh aq ni lebai nk gelakkan orng..tp nk wat mcm mana dah aq nk gelak suke aty aq la...byk ugek aq jumpa orng slama aq hidup ni,...yg pling mncucuk hati aq, mase aq nk blik hostel aq..mase tu kt terminal wawasan..ade sorng budak duduk kt tepi jln, kt tangan die ade bbrapa tin kosong,..aq igt budak tu nk buat ape..rupe2 nye die ltk tin kosong tu kt atas jln, nk bgi bas penyek tin tu...aq tgk fizikal bdk tu mmg mcm x ckup mkan, nak penyek tin pun tak larat...budak tu mmg kurus ngan baju koyak rabak. mata aq mmg lama kt budak tu..dn pd mase tu jgk elemen suprise muncul,..segerombolan askar2 rela trun dari trak yg dletakkn d tepi jln..dgn garangnye askar2 trsebut mngeluarkn cota2 yg tlah lama menodai para pecinta keamanan..sekatan jalan tlah dbuat dgn bntuan pihak polis..tapi mase aq naik bas dh sampai..slepas aq melabuhkn buntot ku diatas kerusi bas yg "empuk" itu, aq sempat lagi melayangkn pndangan aq kearah bdk itu,..aq tgk, bdk trsebut dpegang oleh seorng penguatkuasa..bdk itu meronta2, lama2 makin kuat bdk itu meronta,..namun kuderat bdk itu tidak dpt melawan cengkaman penguasa trsebut...lalu budak trsebut diangkut dan diletakkan di dalam lori yng mmpunyai sangkar didalmnya (x tau la orng pnggil menatang apa..aq tgk mcm sangkar je),..beberapa orng budak lagi diangkut kedalamnya..tiba2 bas yg aq naik disekat..dn beberapa orng rela brbadan sasa tapi pompuan masuk kedalam bas...dgn buat2 grang nye die mintak ic..aq pown bagi la,..nasib baek aq x kene tngkap, bub diorng slalu tngkap makhluk yg bukan brasal dari negeri diorang,..syg negeri la katekan...brbalik kpd budak tu..x sempat dia ambik tin2 tu,..bagi aq la..aq mmg simpati kt budak tu..bkn ape..manelah tau dgn tin2 yg die kutip tu die bagi makan kt mak bapak die ke,..kt adik2 die ke..mane la tahu kn,..aq mmg mampu tgk je..x kn la aq nk pg tolong bdk tu, gila ke apa..nk kene bantai ngan cota..tp ni je lah yg aq mampu..menterjemah benda2 yg ada kt sekeliling aq...isi utama aq nk ckap kt sini ialah semua benda yg kita nak, x smestinya kita dapat..klau kita tgk diri sendiri, keperluan kita mmg cukup, kdang2 melebih-lebih, bukan ap, kene lebih dari orng lain baru boleh menunjuk,..haha pemikiran jenis ni la yg boleh jatuh kan empayar Rumawi (Malaysia apatah lagi),..pentingkn diri sendiri..aduih..aduih..aduih..pening kepala...
klau boleh ari2 nak makan sedap...diorng x pikir ntah2 orng2 kt luar tu makan pasir ke tanah liat,..kata cintakan negeri, x kn jiran sendiri makan sampah pun x prasan...aq malas dah nk cerita panjang2...abes kt sini je kot aq menulis mlm ni..tgk lah klau ad nyawa lagi lps ni aq sambung,...arigate..

Wednesday, October 27, 2010

November

an October past through,
but, i'm waiting for the chill of November,
thou look like a pale orange,
viddy well mates,
it's sad to be written,
the path that we walk,
is not the same anymore,
waiting that day,
a day of returning,
back to our ground,
 it is ugly,
but it teaches us,
to hold our dignity,
to praise our believe.

Saturday, October 16, 2010

years of wasted time

live in an island,
a place for a kind,
spread the goods,
two faces pig,
scream out loud,
full of hatred,
i use the same toilet bowl,
with them,
what a nice cover,
the content ain't nothing,
they know everything,

they have the power,
power to talk,
but, it just a silly sound,
from a silly pig,
back stabbing,
the same hypocrite,
the same culprit,
look like an old friends,
but they are the real devils,
i don't know,
i don't know,
i didn't care,
cause they and me,
not the same root,
as long as the stone and water,
not mixed,
as long as heaven and hell
not together,
let it be,
till the times end it,
it's the five years of wasted time.

Friday, October 15, 2010

..isolated path..

something just not right,
come to my gut,
walking alone like a stranger,
everyone said that,
they don't even know,
what's in my mind,
allure is important to them,
but not me,
to be a crow is better than a dove,
nothing to worried of,
to keep living my own ground,
following the stream is easy,
i like to against it,
cause the vision is brighter,
the water is clearer,
the feeling is merrier,
what ever they said,
i am myself.